Thursday, September 23, 2010

Bingkisan buat Pecinta Dakwah di Sabah..

Assalamualaikum w.b.t..

Buat insan-insan yang memiliki hati jernih kurniaan ALLAH, yang sedia menghulurkan diri di medan dakwah.. Mahu bersama dalam dunia pejuang agama..Marilah kita persiapkan diri dalam semua aspek..

Aspek AKIDAH

Sebelum turun berjuang daan berkhidmat, kita mesti melihat tahap kefahaman kita terhadap Akidah ISLAMIAH yang sohih. Bukan Akidah yang hanya di permukaan saja. Akidah yang sohih adalah akidah yang benar-benar menyakini bahawa ALLAH itu adalah TUHAN yang SATU-SATUNYA Tuhan yang perlu disembah. Tiada lain tiada dua.

Apa yang pasti dalam Ilmu Tauhid kita menguasai dengan baik segala ma'rifatullah, seperti tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah, As'ma Assifat..Kita faham sehingga yakin untuk beramal dengannya. Seterusnya, kita mengetahui tuntutan akidah yang perlu diselesaikan sebaik sahaja kita menyedari , bahawa ada amanah disebalik kalimah Syahadah ini.

Semua rukun Iman dan Islam kita amalkan...

Aspek Rohani

Aspek rohani adalah perkara yang akan menyebabkan kita begitu rapat dengan ALLAH, bukan sahaja kita selalu ingat pada-Nya malah kita akan merasakan bahawa ALLAH itu sedang mengawasi diri kita. Maka dengan itu, kita berasa takut  melakukan maksiat dan melanggar hak-hak-Nya. Itulah tahap takwa.

Jangan diambil ringan tentang aspek ini seandainya kita belum terdedah mengenainya. tentang cara beribadah..Apa amalan yang terbaik..semua itu kita perlu bongkar akan hikmanya namun di sinilah peranan Ilmu dan kefahaman yang baik kepada agama kita yakni ISLAM.

Antara amalan yang menjadi kebiasaan para da'ie ialah Qiamullail. Selepas menyempurnakan amalan yang wajib, mereka menambah lagi amalan dengan amalan-amalan sunat dan qiamullail adalah satu ibadah yang telah Allah syorkan kepada para pejuang agama-Nya supaya melakukan qiam demi untuk menguatkan hati dan pendirian semasa menyampaikan dakwah islam..dalam surah Al- Muzammil ayat 1- 20 menyatakan isi kandungannya tentang petunjuk-petunjuk yang harus dilakukan oleh Rasullulah s.a.w. untuk menguatkan rohani guna persiapan menerima wahyu, yaitu dengan bangun di malam hari untuk bersembahyang tahajjud, membaca Al Quran dengan tartil; bertasbih dan bertahmid; perintah bersabar terhadap celaan orang-orang yang mendustakan Rasul. Kemudian di akhir surah ini diperintahkan juga kepada umat Islam untuk bersembahyang tahajjud, berjihad di jalan Allah, membaca Al Quran, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, membelanjakan harta di jalan Allah dan memohon ampunan kepada Allah s.w.t.

Maka, bolehlah rujuk pada surah tersebut untuk lebih mentadabbur ayat-ayat ALLAH.Jika di letakkan di dalam post ini, pasti tafsir itu tidak terbuka dan pahala tidak sampai kepada kita.

Aspek Jasmani

Kesihatan amat penting bagi seseorang daie. Al-Imam al-Hasan Al-Banna telah menyatakan di dalam Risalah at-Ta'lim bahawasanya kesihatan adalah antara kewajipan seseorang muslim untuk menjaganya sehingga diberikan beberapa panduan penjagaan kesihatan. Sila dapatkan buku itu untuk penjelasa yang lebih mendalam. Secara lojiknya, jika kita sakit, maka gerak kerja dakwah akan kelihatan lembab dan lambat.

Aspek Kepemimpinan

Adalah menjadi kemestian bagi seorang muslim meletakkan di dalam dirinya satu target untuk memimpin ummah. Bukankah Allah telah mengutus manusia di dunia untuk menjadi seorang khalifah? maka tidak pantas buat manusia yang tidak berasa dirinya bertanggungjawab untuk memimpin sesama manusia. Realitinya, sebaik menjadi daie, maka kita adalah pemimpin. Kita memimpin mad'u supaya mereka berada di atas jalan kebenaran dengan suluhan Al-quran dan Al-Sunnah. Tiada alasan untuk mengelak dari melibatkan diri dalam soal kepimpinan.

Soal kepemimpinan pula berkait rapat dengan pengaruh. Pengaruh amat penting dalam diri setiap pemimpin. Dengan pengaruh inilah maka dia akan mudah mendapat taat setia daripada para pengikutnya. maka dalam soal pengaruh , seorang daie atau pemimpin mesti melatih dan mempelajari beberapa kemahiran. Di sinilah usaha kita akan dikreditkan ke dalam akaun kebaikan kelak. Kita bermula dari tidak tahu kepada tahu. Itu adalah satu perkembangan yang positif dan sememangnya dan seharusnya begitu.

Di masa hadapan, jika pucuk pimpinan negara dikuasai oleh mereka yang tidak memahami hakikat kuasa dan politik, mereka akan menggunakan kekuasaan sesuka hati. Malah jika yang bijak pandai, mereka akan meniru segala yang dibuat oleh kaum-kaum yang menyekutukan ALLAH. Walaupun kaum-kaum ini maju dan terkehadapan, namun, itu hanya di dunia. Di akhirat tidak ada yang akan menolong mereka untuk membela diri di hadapan ALLAH. Kerana, kemajuan mereka bukan membawa kebaikan manusia sejagat, malah tanpa disedari mereka telah menyebabkan ketidak adilan berleluasa, Manusia semakin galak menyombongkan diri terhadap ALLAH. semakin teruk.

Dan sebenarnya begitulah yang sedang terjadi sekarang..jika kita seorang yang memikirkan ummah, kita tidak akan berdiam diri.

Kesimpulannya, sebagai genarasi beliawan dan beliawanis...peranan kita adalah untuk mengembalikan hak IS:LAM yang sebenar di muka bumi. Jangan biarkan ISLAM terus berada di bawah, dipijak-pijak oleh musuh ISLAM dan sebagainya. memang benar ISLAM akan dimenangkan satu masa nanti. Namun, ada syarat yang perlu dipenuhi. Oleh itu, bersiaplah..perhatikan aspek-aspek yang telah dinyatakan di atas. Mulakanlah langkah dari sekarang.

Andai dirimu pencinta DAKWAH..inilah masanya untuk menyatakan pembuktian..Dan seterusnya menjadi hujjah di hadapan ALLAH kelak. Tiadalah masa untuk berehat, kerana masa berehat di syurga kelak..INSYA ALLAH. TAKBIR!!

No comments:

Post a Comment