Monday, August 30, 2010

Sekadar Pengisian

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang…

Assalamualaikum w.b.t..
Sahabat sekalian..ana ingin berkongsi dengan daurah yang ana hadiri, bertempat (yang hanya ALLAH lebih Tahu)..

Yang penting…peringatan ini khas untuk ana dan semua yang bergelar pejuang islam..
Jika kita ditanya mengenai, apakah yang kita perjuangkan dalam perjuangan ini? Jawapannya ialah..hanya kerana kita mahu tegakkan akidah Islamiah kita. Kita sedang melakukan tuntutan Syahadah kita. Dan Syahadah kita ialah..”ASYHADU ALa illaha illa ALLAH, Wa AshYhadu Anna Muhammadarrasulullah…”

Kalimah Asyhadu..menurut pengertian Bahasa Melayu ialah, naik saksi, melihat, dan ia memerlukan bukti. Kita naik saksi bahawa Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Kita naik saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh ALLAH.

Kalau betullah kita bersaksi bahawa ALLAH itu satu2nya TUHAN sekalian ALAM, kita dah mengaku..apa yang kita akan buat sebagai bukti kesaksian kita? Pastinya, kita melaksanakan tuntutan Syahadah di antaranya ,

Memastikan Amal Islami berjalan, membanteras gejala mensyirikkan ALLAH, menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi..dan banyak lagi. Bukan hanya tahu berkata tapi tidak perbuat seperti dalam surah Assoff: 2..Allah amat besar kemurkaannya kepada kita jika kita berkata sesuatu yang kita tidak perbuat…na’udzubillah..

Fiqh Awlawiyat (keutamaan) di dalam Amal ISLAMI..

Sahabat sekalian…

Bagi para pejuang..yang sudah mengaku bersedia memikul beban dakwahNya.. sebenarnya sudah menginfakkan dirinya kepada ALLAH, untuk menjadi AMILULLAH..Maka, kepentingan dirinya sudah tiada..Semua yang dilakukan adalah untuk maslahat ISLAM sendiri. Hatta, prestasi akademik adalah untuk ALLAH jika dia masih pelajar..Membina baitul muslim juga kerana ALLAH, Menjadi pemimpin negara juga kerana ALLAH. Dan semestinya, platform manusia di dunia ialah menjurus kepada Agama ISLAM. Manusia tidak boleh mengabdikan diri kepada ALLAh dalam masa yang sama dia bukan beragama ISLAM. MUSTAHIL.

Bila sudah begini, kita membentuk kekuatan untuk melaksanakan seruan ALLAh dalam ayat 2 al Maidah dan ayat 104 Ali Imran dalam bentuk Jamaah. Bekerja dalam organisasi yang tersusun atau MUNAZZOMAH dan mempunyai kepimpinan yang mengamalkan MUSYWARAH dan menjadikan MANHAJ perjuangan itu selari dengan Al-quran dan Assunnah dan seterusnya mempunyai MATLAMAT.

Jadi, awlawiyat kita di sini adalah untuk kepentingan JAMAAH, bukan FARDHIAH.
Bila dua perkara bertembung antara hal kita dengan hal Jamaah..adalah awla untuk kita dahulukan hal jamaah.
Contoh untuk yang masih berada di kampus, bagi aktivis dakwah..mereka berada dilema antara perlu ke Usrah mingguan/bulanan atau ulangkaji di bilik jika esoknya ada peperiksaan…Ada pendapat di antara ahli yang tidak memahami konsep awlawiyat akan menyatakan, kita perlu ke ulangkaji ..kerana keputusan kita akan menjadi fitnah pada jamaah jika keputusan peperiksaan tadi tidak begitu baik.

Cara yang betul ialah, bukan ulangkaji yang perlu diutamakan. Kerana, urusan belajar bukan percaturan jamaah. Tetapi bergantung pada ahli dalam memastikan dia sudah mengulangkaji awal-awal lagi sebelum tarikh peperiksaan. Maka usrah dapat dihadiri tanpa banyak soal. malah lebih bersemangat. USRAH adalah amal jamaie yang akan memberi kesan kepada keseluruhan jamaah jika tidak diurus dengan sistematik. Ingat Ia adalah TUNJANG Jamaah.

Kita kena yakin dengan janji ALLAH, bahawa menolong agamaNya , menyebabkan kita akan ditolong juga dalam hal kehidupan kita. namun, ia hanya akan berlaku jika kita berusaha keras…Dan beriltizam dengan semua perkara sebagaimana kita beriltizam dengan kerja-kerja jamaah.


Dalil Ayat Quran untuk Rujukan:

\
1. Taat dan Wala pada Pimpinan
(Annuur: 51)

Sesungguhnya jawaban oran-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka[1045] ialah ucapan. “Kami mendengar, dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

2. Dalil Wajib berjamaah

(Ali ‘Imran: 104)

104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.

(Al Maidah: 2)

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.


3. Ancaman bagi mereka yang tidak mahu berjuang

(At-Taubah : 38-39)


Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.

Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Kalimah mutiara:

“Keizzahan Jamaah Islami bergantung pada Kesufian yang tersembunyi di dalam diri para Ahlinya dan..celakalah bagi mereka yang telah dihilangkan keizzahan daripadanya..!”

No comments:

Post a Comment