Friday, December 3, 2010

belajar melatih pemikiran kritis

Akal fikiran kita boleh jadi sia-sia jika kita tidak menggunakannya dengan betul. Betapa tingginya nilai akal yang d khaskan hanya kepada makhluk yang bernama manusia. Otak kita mengandungi luar biasa potensi , kita saja yang tidak tahu dan tidak mahu menggunakannya.

Pertama-tamanya, perlulah membina kematangan dalam berfikir dengan memperbanyak aktiviti membaca . Tanpa membaca, aktiviti berfikir akan menjadi lambat dan mudah habis idea! Buku yang perlu dibaca tidak perlu dihadkan, asalkan membawa faedah dan menambahkan pengalaman walau hanya dengan membayangkan dalam minda.

Kedua, memahami sebarang konsep dan boleh menghubungkaitkan antara dua konsep. Bila sampai tahap yang seterusnya. setiap masalah atau perkara yang berlaku bukan hanya diterima bulat-bulat. Perkara itu pasti dikaji sehingga meneliti semua sumber dan hal ini pasti akan memakan masa yang lama dan tenaga yang lebih.Bila sudah meneliti semua sumber barulah keputusan atau pendirian lebih teguh dapat dibuat. Tambahan pula perbandingan mudah dibuat selepas itu.

Sunday, October 31, 2010

~Power isu Semasa~

Malaysia, Negara Islam bukan begini caranya...ana tak setuju..T.T

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Malaysia akan Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. 

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.link





p/s : Satu demi satu masalah timbul di dalam Malaysia, selepas ini apa akan berlaku. Ya Allah jauhkan Malaysia dari balaMu ya Allah. Para pejuang, ayuh bangkit!. Pertahankan Agama dan negara kita.

Saif :  Jom kita kerahkan fikiran nak fikir jalan selain buka pintu maksiat dalam negara kita yang selalu kita halang setiap kali 'mereka' nak membukanya..Nak buat cara yang lain xpe..bukan yang INI.. 


Artikel ini diambil daripada blog : www.saifulmujahidah.blogspot.com. Terpulanglah kepada antum untuk membuat penilaian..

Thursday, September 23, 2010

Bingkisan buat Pecinta Dakwah di Sabah..

Assalamualaikum w.b.t..

Buat insan-insan yang memiliki hati jernih kurniaan ALLAH, yang sedia menghulurkan diri di medan dakwah.. Mahu bersama dalam dunia pejuang agama..Marilah kita persiapkan diri dalam semua aspek..

Aspek AKIDAH

Sebelum turun berjuang daan berkhidmat, kita mesti melihat tahap kefahaman kita terhadap Akidah ISLAMIAH yang sohih. Bukan Akidah yang hanya di permukaan saja. Akidah yang sohih adalah akidah yang benar-benar menyakini bahawa ALLAH itu adalah TUHAN yang SATU-SATUNYA Tuhan yang perlu disembah. Tiada lain tiada dua.

Apa yang pasti dalam Ilmu Tauhid kita menguasai dengan baik segala ma'rifatullah, seperti tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah, As'ma Assifat..Kita faham sehingga yakin untuk beramal dengannya. Seterusnya, kita mengetahui tuntutan akidah yang perlu diselesaikan sebaik sahaja kita menyedari , bahawa ada amanah disebalik kalimah Syahadah ini.

Semua rukun Iman dan Islam kita amalkan...

Aspek Rohani

Aspek rohani adalah perkara yang akan menyebabkan kita begitu rapat dengan ALLAH, bukan sahaja kita selalu ingat pada-Nya malah kita akan merasakan bahawa ALLAH itu sedang mengawasi diri kita. Maka dengan itu, kita berasa takut  melakukan maksiat dan melanggar hak-hak-Nya. Itulah tahap takwa.

Jangan diambil ringan tentang aspek ini seandainya kita belum terdedah mengenainya. tentang cara beribadah..Apa amalan yang terbaik..semua itu kita perlu bongkar akan hikmanya namun di sinilah peranan Ilmu dan kefahaman yang baik kepada agama kita yakni ISLAM.

Antara amalan yang menjadi kebiasaan para da'ie ialah Qiamullail. Selepas menyempurnakan amalan yang wajib, mereka menambah lagi amalan dengan amalan-amalan sunat dan qiamullail adalah satu ibadah yang telah Allah syorkan kepada para pejuang agama-Nya supaya melakukan qiam demi untuk menguatkan hati dan pendirian semasa menyampaikan dakwah islam..dalam surah Al- Muzammil ayat 1- 20 menyatakan isi kandungannya tentang petunjuk-petunjuk yang harus dilakukan oleh Rasullulah s.a.w. untuk menguatkan rohani guna persiapan menerima wahyu, yaitu dengan bangun di malam hari untuk bersembahyang tahajjud, membaca Al Quran dengan tartil; bertasbih dan bertahmid; perintah bersabar terhadap celaan orang-orang yang mendustakan Rasul. Kemudian di akhir surah ini diperintahkan juga kepada umat Islam untuk bersembahyang tahajjud, berjihad di jalan Allah, membaca Al Quran, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, membelanjakan harta di jalan Allah dan memohon ampunan kepada Allah s.w.t.

Maka, bolehlah rujuk pada surah tersebut untuk lebih mentadabbur ayat-ayat ALLAH.Jika di letakkan di dalam post ini, pasti tafsir itu tidak terbuka dan pahala tidak sampai kepada kita.

Aspek Jasmani

Kesihatan amat penting bagi seseorang daie. Al-Imam al-Hasan Al-Banna telah menyatakan di dalam Risalah at-Ta'lim bahawasanya kesihatan adalah antara kewajipan seseorang muslim untuk menjaganya sehingga diberikan beberapa panduan penjagaan kesihatan. Sila dapatkan buku itu untuk penjelasa yang lebih mendalam. Secara lojiknya, jika kita sakit, maka gerak kerja dakwah akan kelihatan lembab dan lambat.

Aspek Kepemimpinan

Adalah menjadi kemestian bagi seorang muslim meletakkan di dalam dirinya satu target untuk memimpin ummah. Bukankah Allah telah mengutus manusia di dunia untuk menjadi seorang khalifah? maka tidak pantas buat manusia yang tidak berasa dirinya bertanggungjawab untuk memimpin sesama manusia. Realitinya, sebaik menjadi daie, maka kita adalah pemimpin. Kita memimpin mad'u supaya mereka berada di atas jalan kebenaran dengan suluhan Al-quran dan Al-Sunnah. Tiada alasan untuk mengelak dari melibatkan diri dalam soal kepimpinan.

Soal kepemimpinan pula berkait rapat dengan pengaruh. Pengaruh amat penting dalam diri setiap pemimpin. Dengan pengaruh inilah maka dia akan mudah mendapat taat setia daripada para pengikutnya. maka dalam soal pengaruh , seorang daie atau pemimpin mesti melatih dan mempelajari beberapa kemahiran. Di sinilah usaha kita akan dikreditkan ke dalam akaun kebaikan kelak. Kita bermula dari tidak tahu kepada tahu. Itu adalah satu perkembangan yang positif dan sememangnya dan seharusnya begitu.

Di masa hadapan, jika pucuk pimpinan negara dikuasai oleh mereka yang tidak memahami hakikat kuasa dan politik, mereka akan menggunakan kekuasaan sesuka hati. Malah jika yang bijak pandai, mereka akan meniru segala yang dibuat oleh kaum-kaum yang menyekutukan ALLAH. Walaupun kaum-kaum ini maju dan terkehadapan, namun, itu hanya di dunia. Di akhirat tidak ada yang akan menolong mereka untuk membela diri di hadapan ALLAH. Kerana, kemajuan mereka bukan membawa kebaikan manusia sejagat, malah tanpa disedari mereka telah menyebabkan ketidak adilan berleluasa, Manusia semakin galak menyombongkan diri terhadap ALLAH. semakin teruk.

Dan sebenarnya begitulah yang sedang terjadi sekarang..jika kita seorang yang memikirkan ummah, kita tidak akan berdiam diri.

Kesimpulannya, sebagai genarasi beliawan dan beliawanis...peranan kita adalah untuk mengembalikan hak IS:LAM yang sebenar di muka bumi. Jangan biarkan ISLAM terus berada di bawah, dipijak-pijak oleh musuh ISLAM dan sebagainya. memang benar ISLAM akan dimenangkan satu masa nanti. Namun, ada syarat yang perlu dipenuhi. Oleh itu, bersiaplah..perhatikan aspek-aspek yang telah dinyatakan di atas. Mulakanlah langkah dari sekarang.

Andai dirimu pencinta DAKWAH..inilah masanya untuk menyatakan pembuktian..Dan seterusnya menjadi hujjah di hadapan ALLAH kelak. Tiadalah masa untuk berehat, kerana masa berehat di syurga kelak..INSYA ALLAH. TAKBIR!!

Monday, August 30, 2010

Sekadar Pengisian

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang…

Assalamualaikum w.b.t..
Sahabat sekalian..ana ingin berkongsi dengan daurah yang ana hadiri, bertempat (yang hanya ALLAH lebih Tahu)..

Yang penting…peringatan ini khas untuk ana dan semua yang bergelar pejuang islam..
Jika kita ditanya mengenai, apakah yang kita perjuangkan dalam perjuangan ini? Jawapannya ialah..hanya kerana kita mahu tegakkan akidah Islamiah kita. Kita sedang melakukan tuntutan Syahadah kita. Dan Syahadah kita ialah..”ASYHADU ALa illaha illa ALLAH, Wa AshYhadu Anna Muhammadarrasulullah…”

Kalimah Asyhadu..menurut pengertian Bahasa Melayu ialah, naik saksi, melihat, dan ia memerlukan bukti. Kita naik saksi bahawa Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Kita naik saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh ALLAH.

Kalau betullah kita bersaksi bahawa ALLAH itu satu2nya TUHAN sekalian ALAM, kita dah mengaku..apa yang kita akan buat sebagai bukti kesaksian kita? Pastinya, kita melaksanakan tuntutan Syahadah di antaranya ,

Memastikan Amal Islami berjalan, membanteras gejala mensyirikkan ALLAH, menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi..dan banyak lagi. Bukan hanya tahu berkata tapi tidak perbuat seperti dalam surah Assoff: 2..Allah amat besar kemurkaannya kepada kita jika kita berkata sesuatu yang kita tidak perbuat…na’udzubillah..

Fiqh Awlawiyat (keutamaan) di dalam Amal ISLAMI..

Sahabat sekalian…

Bagi para pejuang..yang sudah mengaku bersedia memikul beban dakwahNya.. sebenarnya sudah menginfakkan dirinya kepada ALLAH, untuk menjadi AMILULLAH..Maka, kepentingan dirinya sudah tiada..Semua yang dilakukan adalah untuk maslahat ISLAM sendiri. Hatta, prestasi akademik adalah untuk ALLAH jika dia masih pelajar..Membina baitul muslim juga kerana ALLAH, Menjadi pemimpin negara juga kerana ALLAH. Dan semestinya, platform manusia di dunia ialah menjurus kepada Agama ISLAM. Manusia tidak boleh mengabdikan diri kepada ALLAh dalam masa yang sama dia bukan beragama ISLAM. MUSTAHIL.

Bila sudah begini, kita membentuk kekuatan untuk melaksanakan seruan ALLAh dalam ayat 2 al Maidah dan ayat 104 Ali Imran dalam bentuk Jamaah. Bekerja dalam organisasi yang tersusun atau MUNAZZOMAH dan mempunyai kepimpinan yang mengamalkan MUSYWARAH dan menjadikan MANHAJ perjuangan itu selari dengan Al-quran dan Assunnah dan seterusnya mempunyai MATLAMAT.

Jadi, awlawiyat kita di sini adalah untuk kepentingan JAMAAH, bukan FARDHIAH.
Bila dua perkara bertembung antara hal kita dengan hal Jamaah..adalah awla untuk kita dahulukan hal jamaah.
Contoh untuk yang masih berada di kampus, bagi aktivis dakwah..mereka berada dilema antara perlu ke Usrah mingguan/bulanan atau ulangkaji di bilik jika esoknya ada peperiksaan…Ada pendapat di antara ahli yang tidak memahami konsep awlawiyat akan menyatakan, kita perlu ke ulangkaji ..kerana keputusan kita akan menjadi fitnah pada jamaah jika keputusan peperiksaan tadi tidak begitu baik.

Cara yang betul ialah, bukan ulangkaji yang perlu diutamakan. Kerana, urusan belajar bukan percaturan jamaah. Tetapi bergantung pada ahli dalam memastikan dia sudah mengulangkaji awal-awal lagi sebelum tarikh peperiksaan. Maka usrah dapat dihadiri tanpa banyak soal. malah lebih bersemangat. USRAH adalah amal jamaie yang akan memberi kesan kepada keseluruhan jamaah jika tidak diurus dengan sistematik. Ingat Ia adalah TUNJANG Jamaah.

Kita kena yakin dengan janji ALLAH, bahawa menolong agamaNya , menyebabkan kita akan ditolong juga dalam hal kehidupan kita. namun, ia hanya akan berlaku jika kita berusaha keras…Dan beriltizam dengan semua perkara sebagaimana kita beriltizam dengan kerja-kerja jamaah.


Dalil Ayat Quran untuk Rujukan:

\
1. Taat dan Wala pada Pimpinan
(Annuur: 51)

Sesungguhnya jawaban oran-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka[1045] ialah ucapan. “Kami mendengar, dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

2. Dalil Wajib berjamaah

(Ali ‘Imran: 104)

104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.

(Al Maidah: 2)

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.


3. Ancaman bagi mereka yang tidak mahu berjuang

(At-Taubah : 38-39)


Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.

Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Kalimah mutiara:

“Keizzahan Jamaah Islami bergantung pada Kesufian yang tersembunyi di dalam diri para Ahlinya dan..celakalah bagi mereka yang telah dihilangkan keizzahan daripadanya..!”

Sunday, July 11, 2010

Kenapa kita mesti Islam dari sudut Akidah??

1. Mukaddimah

Kisah keimanan Ashabul kahfi dan Ashabul Ukhdud merupakan di antara tauladan yang wajar diamati ketika membincangkan soal akidah, tauhid, syahadah dan lain-lain berkaitan.=)

Sahabat sekalian, dalam usrah..akidah adalah silibus yang agak penting..oleh itu, kita wajar mengetahui apa disebalik kisah kedua-dua golongan yang disebutkan di atas.


Intisari yang perlu ialah..
-pengertian akidah: bahasa dan istilah
-konsep tauhid: rububiyyah, uluhiyyah, asmaul assifat
-konsep syahadah
-pengertian ilah
-tuntutan syahadah
-antara perkara yang membatalkan syahadah


ha..ini baru mukadimah..post akan datang kita akan kupas satu persatu..mungkin boleh bersedia dengan mental untul memahami segala isi penting di atas..



Thursday, July 1, 2010

Tips pengurusan Masa

Wasiat ke-10, uruskan masa dan ringkaskan tugas

Fahri Abdullah al-Masri

Sat | Mar 21, 09 | 11:08:46 pm MYT
"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," demikian wasiat Hasan al-Banna yang terakhir.

Kepada setiap pendakwah atau seorang Islam yang sejati, masanya sangat penting. Mereka harus waspada selalu dengan penggunaan asa. Masa yang tidak digunakan dengan teliti akan menyebabkan kita akan menyesal tanpa kesudahan.

Ini kerana, masa yang sudah terlepas itu tidak boleh diganti lagi. Pepatah Melayu ada menyatakan, patah tumbuh hilang berganti. Tetapi, bidalan itu merujuk kepada seseorang pemimpin yang telah mati atau barang hilang yang mungkin boleh ditemukan semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula.

Yang tak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik, dan masa. Oleh kerana masa ini sangat penting, maka setiap bangsa punya peraturan, falsafah dan pepatah yang lengkap tentang kepenggunaan waktu. Antara bangsa Asia, kita selalu mendengar bahawa bangsa Jepun menghargai waktu.

Bagaimanapun mereka maju di dunia kerana falsafah penggunaan masa itu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan di dunia. Sedangkan, Islam menyeru umatnya agar mengguna masanya guna memenuhi keperluan di dunia dan kebutuhan di akhirat.

Pepatah Melayu menyebutkan bahawa masa itu emas. Malah emas, perak dan intan berlian sekali pun belum dapat menandingi harga emas. Kalau emas itu hilang, maka emas itu boleh dicari semula atau pun diganti dengan wang, tanah atau apa-apa pun yang ada harganya. Itulah kayu ukur yang menandakan masa itu sangat berharga.
Iaitu, jika masa telah berlalu, maka tiada suatu kuasa apa pun yang dapat menggantikannya atau mengembalikannya. Tapi, jika emas hilang, nescaya ada seribu satu jalan, kuasa yang dapat berikhtiar menggantikannya.

Waktu tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran waktu. Tuhan menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa. Masa cuma boleh dinamakan, dipenggal, dipecahkan, dipotong sebagai hari, minggu bulan serta dinamakan Ahad, Isnin dan sebagainya. Jika ada keperluan untuk amalan rohani gelap, maka ia dinamakan Keliwon mengikut lidah Jawa.

Masa itu tidak boleh direkabentuk seperti benda-benda yang boleh dipegang. Setiap yang boleh dipegang boleh dipatahkan dengan benda lain. Pokok yang dipatahkan rantingnya boleh tumbuh semula. Kerana itu, manusia boleh berkata, yang patah itu boleh tumbuh dan yang hilang boleh berganti. Ini kerana, patah dan tumbuh itu sifat benda dan bukan sifat masa.

Malah, masa itu boleh mengancam manusia. Saidina Ali berkata, "Masa itu umpama pedang. jika kamu tidak 'memenggalnya', nescaya ia akan 'memenggal' lehermu."
Sebenarnya yang menyebabkan masa itu berharga ialah disebabkan adanya kerja, tugas, amanah yang perlu disiapkan semasa waktu itu sedang berjalan.

Jika bukan kerana itu, maka masa itu tidak berharga. Misalnya, dengan peredaran masa, pokok perlu membesar dan ia dijual dengan masa tertentu. Sebab itulah masa untuk menunggu pokok itu membesar amat berharga.

Dalam hal ini masa disalahgunakan dalam perniagaan yang melibatkan riba. Sekiranya kita tidak dapat melunaskan hutang dalam tempoh waktu tertentu, maka bunga (riba) akan naik. Demikianlah masa disalahgunakan dalam 'industri' riba.

Maka Hasan al-Banna telah memulakan wasiatnya dengan menggunakan ungkapan 'kewajipan kita' yang bermaksud usaha dakwah kepada umat ini. Kewajipan usaha dakwah ini ada pertalian yang amat erat dengan penggunaan waktu.
Masa makin singkat dan suntuk!

Tetapi jumlah usaha dakwah itu terlalu banyak jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan waktu yang kita ada. Di dalam peruntukan 24 jam sehari semalam, kita mungkin memerlukan 48 bentuk dan 72 jenis dakwah. Dalam kata lain, kita mungkin perlukan 2 atau 3 kali ganda program dakwah atau lebih daripada itu dalam tempoh 24 jam.

Itu maksud Hasan al-Banna; jumlah usaha dakwah perlu digembeling dalam jumlah waktu yang sungguh singkat. Masa seperti semakin pendek apabila terlalu banyak urusan dakwah yang perlu dibereskan.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Hasan al-Banna, ketika menyusun wasiatnya, beliau mungkin terkesan dengan sabda Rasulullah s.a.w ini. Bilangan manusia yang ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan dan islah sangat kurang berbanding manusia jahat yang memperuntuk masa dan hartanya ke arah kemusnahan dunia dan tamadun ini.

Oleh itu bayangkanlah bagaimana keadaannya ketika kerja dakwah makin banyak menimbun ini terpikul atas bahu segelintir pendakwah sahaja yang inginkan kedamaian, kesejahteraan, kebaikan dan ketenangan di dunia dan akhirat.

Bantu manusia menguruskan waktunya
Barangkali.. lantaran terkesan dengan semua inilah, maka Hassan al Banna memulakan usaha dakwah di kedai-kedai makanan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Beliau benar-benar mahukan insan berpeleseran tanpa tujuan ini akhirnya akan faham matlamat hidupnya.

Apabila manusia itu mula faham akan falsafah dan matlamat hidup, maka akan wujud manusia yang akan menggunakan masanya dengan betul, baik dan sempurna.
Manusia yang telah mula dibangunkan kesedarannya ini akan tertanya-tanya pula tentang bagaimana seharusnya mereka mahu memanfaatkan waktunya di dunia ini sementara menunggu waktu di akhirat kelak.

Maka.. di sini Al-Banna menyarankan pendakwah agar membantu mereka yang telah terbuka hatinya untuk memahami bagaimana mereka perlu memanfaatkan waktunya untuk beribadah sementara menunggu waktu dihisab di akhirat kelak.

"Oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan kalau saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," demikian pesan al-Banna lagi.

Orang yang telah dilembutkan hatinya dan dilunakkan jiwanya sentiasa tertanya-tanya mengenai apakah amalan yang harus dilakukan guna mencapai redha ilahi. Soalan semacam ini kerap hinggap di ranting pertanyaan sahabat dan baginda selalu hadir bagi menjawab setiap pertanyaan tersebut.

Ghairahnya para sahabat dalam beramal sehingga mereka kerap bertanya, apakah amalan yang paling baik dan bermacam pula jawapan baginda tergantung kepada keadaan rohani para sahabat itu.

Jika dilihatnya sahabat itu menderhakai ibu bapanya maka baginda bersabda, berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika dilihatnya penyoal itu seorang yang panas baran, maka dia menasihatkan orang itu supaya tidak marah-marah.

Mereka yang mula lunak kepada agama tidak tahu atau terlupa tentang cara-cara menggunakan masa sebagai yang disaran di dalam al-Quran. Mungkin kerana keterbatasan dalam bahasa Arab, mereka tidak faham mesej dalam surah Al-Muzzammil.

[1] Hai orang yang berselimut! [2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, kecuali dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), [3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, [4] Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil."

[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. [7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.

Orang yang didakwah atau mereka yang baru dinyalakan pencerahan rohani dalam dirinya, selalu hidup pelbagai ragam persoalan dalam hatinya dan menyalalah pula pelbagai rencam pertanyaan yang berwarna-warni dalam dirinya berhubung langkah-langkah awal menuju ke arah kesempurnaan hidupnya sebagai manusia terbaik.

Jadi, bagaimana mereka harus bermula? Jika ada amalan permulaan, maka apakah amalan permulaan itu?

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada akhirat di tempat terpuji." (Al-Isra': 79)

Adakah insan yang baru merangkak, baru melabuhkan pencarian untuk mendakap pencerahan jiwa serta akal fikirannya dapat menyelami hasrat Tuhan sebagai yang terkandung ayat-ayat al-Qur'an di atas? Mereka perlukan masa untuk dibimbing serta masa perlukan pembimbing yang sabar, teguh hati, kuat pendirian, bijaksana, berhemah tinggi yang kental spiritual.

Ringkaskan amalan untuk membantu saudara lain
Sebab itulah Al-Banna menyarankan anggota Ikhwan Muslimin atau para pendakwah meringkaskan sahaja urusan mereka untuk membantu saudara mereka yang mahu dibangkitkan kesedaran dalam jiwanya.

Bagi Al-Banna, amalan peribadi yang bertujuan menolong keperluan peribadi di akhirat, hanya bermanfaat untuk keperluan mereka sahaja. Sedangkan, usaha mengirim ilmu ke dalam dada manusia yang kosong tanpa dihuni hikmah pengetahuan sangat berguna kepada kedua-dua pihak, sama ada pihak pendakwah dan pihak yang didakwah.

Petunjuk agama menyatakan bahawa, jika ada seseorang beramal dengan sebab ajaran kita, maka pahala dengan sebab amalan itu turut mengalir ke dalam 'akaun pahala' kita kelak.

Sebab itu, pendakwah perlu meringkaskan dan menyedikitkan ruang untuk keperluan amalan peribadi supaya lebih banyak ruang dapat dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pengajaran ke atas manusia lain yang dahagakan pengetahuan daripada mereka.

Mereka yang berkhalwat, beruzlah, dan bersuluk tanpa berusaha keras menggerakkan nurani manusia untuk mendapat imbuhan pencerahan rohani daripada Tuhan, tidak termasuk dalam jenis manusia pencerahan.

Al-Banna, Badiuzzaman Said Nursi, dan lain-lainnya adalah ulamak sufi dan bersuluk di 'gua pertapaan' lalu keluar ke lapangan dalam usaha memerangi amalan khurafat dalam pemerintahan manusia mustakbirin sekali gus menyinari mendung awan hitam yang membalut kegelapan hati manusia mustadh'afin.

10:33 p.m, 21 Mac

Ulasan:

Betullah, kita sebagai daie harus memperuntukkan masa lebih untuk dakwah kerana manfaatnya jauh lebih banyak dan hasilnya akan dituai di akhirat kelak..

~kepenatan di dunia adalah untuk kerehatan yang panjang di akhirat~