PANDUAN 1: MENGENALI AHLI USRAH DENGAN BAIK
Naqib perlu mengenali ahli usrahnya dengan mendalam. Selidiki latar belakang mereka: diri, keluarga, pendidikan, pekerjaan, perkara yang disukai, perkara yang dibenci dan sebagainya. Ikuti perkembangan hidup mereka: kebajikan, kewangan dan seumpamanya. Maklumat-maklumat itu boleh digunakan untuk mentadbir usrah secara lebih berkesan. Berpandukan maklumat itu, naqib boleh bertindak dengan tepat--sesuai dengan peribadi tertentu.
PANDUAN 2: MELAKSANAKAN USRAH DENGAN RANGKA PROGRAM
Naqib mesti merangka program usrahnya sebelum usrah itu bermula. Antaranya, agihkan masa yang sesuai untuk slot bacaan al-Quran dan pentafsirannya, bacaan hadis, perbincangan tajuk khusus, pembersihan hati, dan hal ehwal semasa. Tetapkan terlebih dahulu tajuk yang hendak dibahaskan dan bahan-bahan rujukannya. Senaraikan juga perkara-perkara untuk diumumkan kepada ahli usrah. Naqib juga perlu membaca sebanyak mungkin bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.
PANDUAN 3: SEGARKAN USRAH DENGAN SUASANA PERBINCANGAN
Naqib berperanan untuk menyegarkan suasana usrah dengan perbincangan yang sihat dan terkawal. Pastikan perbincangan berfokus pada tajuk yang telah dirancang. Semasa berbincang, ahli digalakkan mengemukakan nas-nas yang sahih dan contoh-contoh dari sirah Rasulullah s.a.w. Usahakan agar perbincangan itu dikaitkan dengan realiti semasa dapat dihayati dalam kehidupan seharian.

sebelum mereka ingin memulakan kuliah. Ini adalah doa yang baik kerana sebagai penceramah, kita memang inginkan agar dapat bercakap secara jelas lagi lancar supaya difahami dengan tepat oleh para hadirin.
Dikatakan Valentine's Day merujuk kepada kisah seorang paderi atau wali Kristian yang berusaha untuk menghubungkan kasih sayang di antara lelaki dan wanita. Konon pada zamannya, pemerintah melarang lelaki dari berkasih sayang kerana memerlukan mereka sebagai tentera. Tentera hendaklah fokus kepada peperangan dan bukannya kekasih. Namun terdapat seorang paderi bernama “Valentine” yang melanggar perintah ini dan berusaha untuk menghubungkan kasih sayang di antara lelaki dan wanita. Dia ditangkap dan dipenjarakan, namun tetap meneruskan usaha menghubungkan kasih sayang ketika di dalam penjara. Akhirnya dia dihukum bunuh pada 14 Februari. Diriwayatkan bahawa sebelum hukum dijatuhkan, dia menulis sebuah kad kasih sayang yang dialamatkan kepada anak gadis orang yang memenjarakannya. Dalam kad itu tertulis: “From your Valentine”.