Wednesday, May 23, 2012

"Jangan Biarkan Satu Hari Berlalu Tanpa Anda Berusaha Untuk Menegakkan Islam".



Hari jumaat yang menenangkan..

Duduk-duduk di hadapan tingkap. Terasa betapa kita memerlukan ruang untuk meneliti perjalanan diri.

Insan yang benar-benar rasa dia akan pulang menemui PENCIPTAnya perlu ambil sedikit masa dari 24 jam yang dikurniakan dari Pemiliknya.

Apa yang bermakna dalam hidup kita? Pasti insan-insan akan mejawab, kejayaan dalam setiap apa yang kita lakukan. Justeru, bidang apakah itu? Ya..terpulang..jika pelajar, akademiknya sama seperti mahasiswa..jika pekerja sektor awam, ya pasti berkaitan dengan karirnya dalam sektor awam, sama ada mendapat pujian dari BOS atau kenaikan pangkat itu yang ditunggu, Jikla bisnis, semestinya keuntungan yang menderu-deru dan berlipat kali ganda..

Maka, apa makna yang dibawa oleh kejayaan semua itu?dalam makna ada makna..itu kena terokai. Kehidupan mencari makna hidup sebenar belum terungkai jika itu saja jawapanmu duhai insan.

Berkata di dalam hati, sebenarnya tidak menjanjikan kepuasan. Namun, inilah medium yang tersedia, tidak perlu bersusah payah. Jiwa-jiwa kita sebenarnya mencari satu kerja yang berisi penuh dengan aktiviti yang membawa dekat kepada Pencipta. Perasan atau tidak. ketidakhadiran rasa tenang dalam jiwa menandakan ada benda yang belum selesai. Kejayaan HEBAT mana pun dalam pandangan manusia yang mana belum mencapai KPI yang ditetapkan oleh Sang Pencipta, maaf ketenangan sebenar dan makna hidup sebenar kita tidak tercapai lagi.

Mari berbahasa INGGERIS sebentar:

Addzariat: 56

"I have only created Jinns and men, that they may serve Me"

^^..This is ALLAH's Words.

maka, beribadah perlu difahami, bukanlah yang dimaksudkan IBADAH itu mesti berada di atas tikar sembahyang sepanjang masa. Berzikir sekalipun, tidak dikhususkan mesti berada di dalam masjid. Ini sekular namanya. Satu idealisme yang begitu memerangkap umat ISLAM yang mahukan kehidupan yang sentiasa SERONOK. ISLAM hanya di MASJID. Sesiapa yang rasa pemikirannya sebelum ini seperti ini, sila rawat SEGERA!

Saya masih ingat, pengertian IBADAH seperti yang terdapat dalam buku teks semasa sekolah menengah dulu..'Setiap perbuatan baik yang diniatkan kerana ALLAH adalah ibadah(umum)', manakala, IBADAH seperti Solat, Puasa , Zakat, Haji itu adalah ibadah Khusus..kerana ada cara tertentu dalam melaksanakannya seperti mana yang diterangkan oleh sirah Nabi s.a.w dan Sabdanya..

Saya pun seperti kebanyakan insan. Bermula dari tidak tahu kepada tahu dan mahu tahu..selepas memasuki alam mahu tahu, ia memerlukan usaha sendiri untuk menyelami keluasan ILMU yang terbentang. Ilmu tidak semestinya di IPT, SEKOLAH mahupun tempat2 formal. Namun, anda berinteraksi dengan alam pun sudah dapat ILMU. Dengan syarat, pastikan ada GURU yang menuntun perjalananmu. Jika tidak berguru, Syaitanlah yang akan mengambil tempat.

Klimaksnya, saya ingin mengajak dan menawarkan. Kepada insan yang masih mencari makna hidup. temuilah makna hidup anda dalam usaha menegakkan ISLAM. ISLAM agama yang Allah pelihara sehingga kiamat, seperti mana Al-Quran. Namun, usaha meruntuhkan ALLAH suci ini masih giat dilakukan. Allah akan mendatangkan setiap masa pejuang yang akan menjaga kesucian AGAMA ini. Maka, jadikan diri kita sebagai sebahagian dari mereka..Jika kita menolak tawaran ini, ALLAH tidak rugi. ISLAM pun tidak rugi. kerana ALLAH akan mendatangkan satu kaum lain yang lebih baik menggantikan tempat kita. Janji ALLAH adalah MAHA BENAR. KIAMAT adalah BENAR.penolakan dan kemalasan daripada berjuang hanya boleh dibuat di DUNIA ini.  DI AKHIRAT hanya ada masa pembalasan. Hari penyesalan buat insan yang sengaja menjauhi PERJUANGAN menegakkan ISLAM.

^^

APA masalah ISLAM hari ini?

Jika kita tidak nampak masalah ISLAM, kajilah. Dan buat tindakan. Bukan jadi pemerhati.

Saturday, April 2, 2011

SEJARAH APRIL FOOL

Kisah Disebalik 1 April

Selamat tinggal bulan Mac, beranjaklah pula kita kepada bulan April. Bulan April? Bagi ana ianya hanyalah sekadar bulan semata-mata. Akan tetapi, ada juga sesetengah pihak yang ternanti-nantikan kedatangan bulan April. Terkenang ana ketika berada di alam kampus. Bulan April merupakan bulan kritikal bagi seorang yang bergelar mahasiswa lebih-lebih lagi mahasiswa tersebut berada ditahun akhir. Allah.. Kenapa tidak? pada bulan April adalah bulan peperiksaan, bulan VIVA Projek Sarjana Muda, bulan menghantar assingment, bulan menghantar PSM dan segala-galanya bulan tekanan minda dan perasaan. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga ana berserta sahabat-sahabat mengharungi bulan April tersebut. Akhirnya, dengan segulung Ijazah yang diperolehi, merupakan hadiah diatas tekanan yang dilalui pada bulan April dan bulan-bulan sebelumnya. Buat sahabat-sahabat ana yang masih lagi di tahun akhir, teruskan perjuangan antum. Kita jumpa trip antum ke Sabah nanti. Insyallah.

"selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari~Saidina Ali r.a
Pembaca-pembaca yang dirahmati Allah Swt, untuk post kali ini, ana ingin kongsikan ialah sebuah artikel yang berkaitan April Fool. Sebuah perayaan yang disambut pada setiap 1 April pada setiap tahun dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu yang aneh di luar jangkaan.  Ayuh kita ikuti apa sebenarnya yang ingin disampaikan di dalam artikel ini.

Tahukah anda jika perayaan 1 April tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)
 

Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.


Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

 
Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus. Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib. Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah. Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.co
copypaste from:  http://wardahal-jannah.blogspot.com/

Sunday, March 20, 2011

Peringatan Buat Kaum Hawa

Friday, March 18, 2011

dari Mata turun ke Hati..

Posted by نور لَيْلَى On 9:40 AM 2 comments

Assalamualaikum...


Semua orang sukakan keindahan, namun akal yang bijak saja yang tahu menilai erti keindahan sebenar, mata tidak memilih untuk melihat, namun akal yang bijak yang menafsir apa yang dilihat itu baik atau sebaliknya.
Dengan akal dan fikiran, kita dapat membedakan antara yang baik atau tidak, dosa atau pahala. Maka kita, sebagai makhluk-Nya yang berhati nurani dan berakal patut untuk memahami tentang  bahaya pandangan dan kesan-kesannya. 


Tika melalui hari-hari, menjalani rutin kehidupan,  ana sering melihat gelagat lelaki ketika melihat wanita, apatah lagi kehidupan seorang pelajar, darah mudah yang mengalir mengolak sebuah perasaan yang sering lahir ketika melihat hawa yang lalu di luar kelas, di tempat kerja dan dimana sekalipun... ujian ada dimana-mana buat kita.  Tidak terkecuali pula wanita tika melihat kaum adam yang ada kalanya menarik perhatian hati yang lemah.


Mata adalah salah satu pancaindera yang dapat menjangkau sesuatu daripada jarak jauh dan bebas bergerak kesana kemari, kita bebas melihat apa-apa yang kita mahu, tapi semua ada akibatnya.Mata mempunyai kuasa penyambung gelombang hati dan perasaan seseorang dengan seseorang yg lain, begitulah apa yg dinyatakan dalam ilmu saikologi.


Mata juga adalah "panahan beracun" daripada syaitan yang menyebabkan zina pandangan. "Dari mata turun ke hati"...itulah ayat yang seringkali kita dengar tika melihat sesuatu yang indah. Mata mempunyai peranan menyampaikan sesuatu kepada hati dan apa yang dilihat dan dipandang itu memberi kesan kepada hati. Jika ia memandang sesuatu yang baik maka ia memberi kesan yang baik dan demikianlah sebaliknya, kalau yang buruk, maka menjadi buruklah hati.


Mata juga mendorong seseorang kepada perbuatan zina, melalui pandangan beracun, telah disalutkan racun yang amat berbisa pengaruhnya kepada hati seseorang sehingga hati yang telah pun diracuni mendorong hati dan akal yang lemah imannya, membuatkan anggota lain selangkah demi selangkah menuju zina hakiki iaitu kemaluan. Jelaslah mata adalah jalan-jalan atau wasilah yang mendorong seseorang kepada zina hakiki seperti dalam Al-Quran menyatakan, " Janganlah kamu menghampiri zina"-surah Isra': 32.


Walaupun pandangan itu tidak membawa kepada zina yang hakiki, tetapi pandangan seperti itu dapat memberi kesan pada iman kita, sehingga boleh merosakkan amal dan menghilangkan rasa nikmat dan ibadah.  
Nabi SAW ada mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud ; "Apabila seorang lelaki itu telah memandang kepada mana-mana bahagian daripada tubuh badan wanita yang menarik perhatian dan menawan hatinya, maka ia dianggap panahan beracun daripada panahan iblis, yang segeraa memberi kesan dan membinasakan seseorang itu. Oleh itu siapa yang meninggalkannya, maka Allah akan memberikan rasa kenikmatan dan kesedapan dalam ibadahnya"-Riwayat Al Hakim


Sesungguhnya daripada pandangan akan menggangu fikiran kita, apatah lagi apabila sesuatu yanga dipandang itu menimbulkan rasa berahi dalam hati, pastilah sang hati yang lemah sentiasa terkenang dan terbayang-bayang. Begitu juga ketika melihat sesuatu yang indah, membiarkan nafsu menguasai akal, hinga terbayang-bayang menguasai fikiran. berbahayalah pula jika apa yang difikirkan terbawa-bawa dalam sembahnyang. Ingatlah, syaitan sentiasa mengambil peluang untuk merosakkab lagi ibadah kita yang telah sedia rosak itu. Sepatutnye fikiran ini Allah berikan pada kita untuk berfikir sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat, dan mata ini untuk melihat sesuatu keindahan yang diciptakan Allah yang membuatkan kita merindui-Nya..  


Lalai tentang akibat pandangan dengan jiwa yang lemah, boleh menyebabkan seseorang hilang kreativiti, lemah daya ingatan, tumpul akal, dan berpandangan singkat / tidak berwawasan. Kelalaian yang disebabkan tekanan rindu dan asyik yang menjadikan tubuh lesu dan tak bermaya dan menjadikan seseorang yang menghidapnya menjadi pemenung dan pengelamun yang jelaslah suka membuang masa. Sedangkan membazir masa adalah dilarang dalam islam. Janganlah kita menganggu solat yang merupakan tiang agama kita dengan apa yang telah menguasai pemikiran kita melalui apa yang telah kita pandang melalui sang mata yang tidak berdosa. Ia sungguh boleh merosakkan amalan sebahyang bahkan sembahyang kita tidak memberi kesan apa-apa kepada peribadi kita. Dengan menjaga pandangan insya'allah kenikmatan ketika sembahyang dapat kita peroleh.bukan sahaja kita dapat merasakan nikmat dalam beribadah, bahkan Allah SWT menjamin seseorang itu dapat menyucikan hati...Faedah dari menundukkan pandangan ini juga, sebagaimana difirmankan Allah dalam surat An Nur ayat 30 (yang artinya) “yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka” yaitu dengan menundukkan pandangan akan lebih membersihkan hati dan lebih menjaga agama orang-orang yang beriman. 


Jadikanlah apa yang kita pandang itu tidak membawa keburukan pada kita, keburukan dunia dan akhirat. Namun tidak dapat dinafikan kita tidak dapat mengelak dari terpandang sesuatu yang tidak dapat kita elak, apatah lagi hidup dalam arus kemodenan di  usia tua dunia. Islam agama yang indah dan sempurna, kita diajar untuk menundukkan pandangan dan ucapkanlah keampunan. 



Allah berfirman, “Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman :“Hendaklah mereka menundukkan pandangannya, dan kemaluannya” (QS. An Nuur [24]: 31)

Dari Jarir bin Abdillah, beliau mengatakan, “Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku.” (HR. Muslim no. 5770)

Semoga kita dimudahkan oleh Allah untuk menundukkan pandangan sehingga hati dan agama kita selalu terjaga kesuciannya. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang kita lihat dan apa yang kita fikirkan dan apa kita rasa mahupun orang lain tidak mengetahuinya. 
"Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati". (QS. 40:19)

Menjaga dan mengawal pandangan adalah tanda-tanda akhlak yang baik, dan salah satu sifat wanita solehah  ialah tidak melihat kepada sebarangan lelaki, kecuali suaminya atau lelaki yang mahram dengannya. Dengan itu insya'allah kita terjaga daripada tipuan dan godaan syaitan...

Wallahualam..

~MPS
sumber:http://mujahidahpemburusyahid.blogspot.com/2011/03/dari-mata-turun-ke-hati.html?showComment=1300577754715#c2923208919119741198